Manusia Jawa merupakan salah satu daripada spesimen pertama
Homo erectus yang ditemui. Spesimen itu ditemui pada tahun
1891 oleh
Eugène Dubois di
Trinil yang terletak di tebing
Sungai Bengawan Solo,
Jawa,
Indonesia. Beliau pada asalnya memberikan nama saintifik
Pithecanthropus erectus kepada spesimen ini. Perkataan "pithecanthropos" berasal daripada
bahasa Yunani dan bererti "manusia mawas".Penemuan Dubois bukanlah satu spesimen yang lengkap, tetapi hanya terdiri daripada
lengkung kepala,
tulang femur, dan tiga batang
gigi. Adakah tulang-tulang ini berasal daripada
spesies yang sama masih tidak dapat dipastikan. Satu laporan 342-halaman yang ditulis tidak lama selepas penemuan tersebut menimbulkan banyak keraguan terhadap kesahan spesimen ini. Walaupun begitu, Manusia Jawa masih tercatat dalam banyak buku teks pada hari ini. Jasad Manusia Jawa yang kedua kemudiannya ditemui pada tahun
1936 oleh
GHR von Koenigswald, seorang ahli
paleontologi yang berasal daripada
Berlin di kampung Sangiran,
Jawa Tengah, 18
kilometer di utara
Surakarta. Jasad ini yang terdiri daripada lengkung kepala yang sama besar dengan penemuan Dubois pada tahun 1891 adalah hasil langsung dari tapak ekskavasi Dubois yang sama.Sehingga jasad manusia yang lebih tua ditemui di
Lurah Gelinciran Besar di
Kenya, penemuan Dubois dan Koenigswald merupakan jasad
hominid tertua yang dikenali, serta spesimen pertama yang disebut sebagai bukti untuk menyokong
teori evolusi Charles Darwin dan
Alfred Russel Wallace. Banyak ahli sains ketika itu juga mencadangkan bahawa Manusia Jawa yang ditemui oleh Dubois mungkin merupakan "hubungan terhilang" antara
mawas dengan
manusia moden dalam hubungan
evolusi. Bagaimanapun, disebabkan keraguan
abad ke-19, Dubois tidak pernah diberikan penghargaan untuk teori ini.
Maurício de Sousa, seorang
pelukis kartun Brazil, mencipta
orang zaman batu yang digelarkan Pitheco selepas diilhami oleh nama saintifik Manusia Jawa. Nama penuh Pitheco ialah Pithecanthropus erectus da Silva.
Silva ialah
nama keluarga yang paling biasa di Brazil.
Bagaimanapun, perkataan "da Silva" telah dikeluarkan daripada versi nama
bahasa Inggeris.